Wednesday, October 6, 2010

Utusan Malaysia - HICNursing Legasi Adik Beradik


Utusan Malaysia
6hb October 2010
Oleh Rosmah Dain

Perkhidmatan jururawat dan fisioterapi bergerak dari rumah ke rumah dewasa ini amat diperlukan dalam usaha mendapatkan penjagaan dan rawatan pesakit yang kondusif.

Soal kewangan kini sudah menjadi nombor dua, apa yang penting kebanyakan anak-anak mahukan ibu bapa mereka yang uzur mendapatkan rawatan dan penjagaan yang intensif sepanjang berada di rumah.

Jadi dengan adanya perkhidmatan jururawat dan fisioterapi yang dibekalkan oleh Home Intensif Care Nursing (HICNursing) , memudahkan individu yang mahukan tahap penjagaan 'super class' untuk orang tua mereka dengan biayaan yang berpatutan.

HICNursing ditubuhkan pada hujung tahun 2008. Uniknya pengendali syarikat berteraskan kesihatan ini diterajui oleh empat adik-beradik iaitu Yasrizal Yahya, 30, (bertindak selaku pengurus) Mohd. Asri Yahya (pengurus pemasaran dan kewangan), 27, Mohd. Azhar Yahya(perunding jururawat), 25, dan Mohd. Firdous Yahya, 24, (perunding fisioterapi).

Berasal dari Pahang, dua antara mereka yang mempunya kerjaya lain sebelum ini akhirnya berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap syarikat pengendali perkhidmatan kejururawatan ini.

Menurut Yasrizal, agensi itu berpusat di Ampang dan beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

''Walaupun syarikat ini masih baru, namun kami sudah menerima ramai permintaan pelanggan yang mahukan perkhidmatan HICNursing.

"Seorang jururawat kami akan bergilir-gilir menjaga sehingga enam ke tujuh pesakit setiap hari (24 jam). Perkhidmatan ini bukan sahaja terhad kepada warga emas yang uzur, kanak-kanak yang mempunyai kecacatan malah juga kepada mereka yang mengalami kemalangan dan memerlukan bantuan fisioterapi dan penjagaan secara klinikal dan jururawat profesional.

''Kini syarikat ini mempunyai 13 orang jururawat dan juru fisioterapi yang berkemahiran dan dipercayai,'' katanya.

Melihatkan kepada prospek bidang perniagaan ini yang sangat cerah pada masa depan, Yasrizal sentiasa memastikan syarikatnya menerajui pasaran perkhidmatan kesihatan ini untuk memberikan hanya yang terbaik kepada semua pesakit dan masyarakat yang memerlukan.

Katanya, perkhidmatan kejururawatan bergerak seperti ini bukanlah satu fenomena baru kepada masyarakat kerana telah terdapat beberapa syarikat kesihatan yang menjalankan perkhidmatan sedemikian, tetapi tidak banyak syarikat ini yang diterajui oleh bangsa Melayu yang kesemua jururawat dan kakitangannya berbangsa Melayu.

Bercerita lebih lanjut, Yasrizal memberitahu kisah permulaan penubuhan HICNursing ini bermula dengan perbincangan dia dan adik-adiknya.

''Adik saya, Mohd. Azhar dan Mohd. Firdous memasuki kolej kejururawatan swasta sebagai bidang pembelajaran mereka. Pada masa yang sama mereka turut menghadiri kursus fisioterapi bagi menambahkan pengetahuan dalam bidang ini.

''Kebetulan pada tahun 2008, datuk kami telah jatuh sakit kerana strok dan kedua-dua mereka telah merawat datuk sehingga pulih. Dari situ kami melihat prospek penjagaan fisioterapi ini sangat cerah dan amat diperlukan,'' katanya.

Dalam pada itu tambah Yasrizal, permintaan bagi mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan daripada kedua-dua adiknya sebagai jururawat peribadi daripada beberapa orang kenamaan sungguhpun pada ketika itu mereka belum habis kolej lagi.

Dalam pada itu Mohd. Asri berkata, pada masa depan HICNursing ingin melebarkan sayap mereka untuk memberikan perkhidmatan ke seluruh negara.

''Sekarang kita tumpu sepenuhnya di dalam Lembah Klang dan Selangor, tetapi pada masa akan datang, kita akan bina cawangan di beberapa negeri.

''Namun sekarang pun sudah ada pesakit kita yang datang dari negeri-negeri lain, tetapi mereka akan dirawat di rumah anak-anak mereka di sekitar Lembah Klang,'' katanya.

Rawatan katanya, dijalankan menerusi pakej-pakej perkhidmatan dan perubatan tertentu yang ditentukan sejurus bertemu dengan pesakit di rumah mereka.

Dalam pada itu tambahnya, pada masa depan, HICNursing bercadang untuk membina resort kesihatan bagi menempatkan warga emas atau sesiapa sahaja yang memerlukan untuk dirawat dalam keadaan lebih kondusif, belaian secara sihat di tempat yang amat merehatkan.

Utusan Malaysia - Pesakit perlu persekitaran positif


Utusan Malaysia
6hb October 2010
Oleh Rosmah Dain

HOME Intensive Care Nursing (HICNursing) merupakan sebuah agensi perkhidmatan jururawat profesional dan fisioterapi bergerak dari rumah ke rumah.

Perkhidmatan ini disediakan bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pesakit menerusi bantuan jururawat profesional dan sokongan ahli keluarga yang berada di sisi.

Perkhidmatan seperti ini boleh dianggap baru di negara ini kerana kebanyakan pesakit hanya menggunakan khidmat hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Perunding Kejururawatan HICNursing, Mohd. Azhar Yahya, kebanyakan pesakit yang telah keluar dari hospital, masih memerlukan rawatan susulan atau penjagaan.

''Mereka selalunya tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan jadi HICNursing menawarkan perkhidmatan sepertihouse call, respite care, geriatrik danpalative careserta sewaan peralatan yang merangkumi pelbagai cara penjagaan dan lawatan susulan sehingga pelan penjagaan komprehensif seperti pemakanan, fisioterapi, latihan penjagaan hingga pemulihan serta khidmat nasihat.

''Dengan adanya sokongan moral serta penjagaan khusus di rumah, ia mewujudkan persekitaran yang positif untuk pesakit. Merawat pesakit di rumah dapatmemberikan sokongan psikologi kerana dengan adanya keluarga mewujudkan suasana yang lebih ceria,'' tambahnya.

Jelasnya, tujuan HICNursing menjalankan konsep jururawat dan fisioterapi bergerak adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan terhadap pentingnya mengetahui penjagaan dan rawatan susulan setelah pulang ke rumah.

''Kami turut mempunyai beberapa ahli panel yang arif dalam pelan penjagaan pesakit strok, keluarga boleh mempelajari kaedah rawatan berbentuk aktiviti fizikal yang akan ditunjuk ajar oleh kami.

''Ini terbukti setelah hampir 80 peratus pesakit strok kembali pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa. Selain hospital, rumah boleh menjadi tempat rawatan yang boleh membangunkan psikologi pesakit,'' katanya.

Menurut Perunding Fisioterapi HICNursing,Mohd. Firdous, melalui pengalaman mereka, ada segelintir anak-anak pesakit yang uzur tidak tahu menguruskan rutin harian pesakit termasuk bagaimana mereka menguruskan pesakit untuk membuang air.

Bukan itu sahaja, penjagaan pemakanan pesakit juga terabai.

''Perlu diingat, pesakit yang uzur memerlukan makanan seperti sayur serta buah-buahan segar.

''Kebanyakan pesakit uzur mengalami kesan melecet di belakang badan ini kerana pesakit itu tidak banyak bergerak sebaliknya hanya dibiarkan terlantar di atas katil. Persepsi itu perlu diubah kerana pesakit perlu menyedut udara segar.

''Dengan adanya penjagaan eksklusif di rumah walaupun pesakit itu sentiasa diberi perhatian dengan penuh kasih sayang dan layanan yang secukupnya tetapi penjaga kurang arif bagaimana hendak mengendalikannya dengan betul,'' tambahnya.

Katanya, kebanyakan orang tua dan uzur banyak menghabiskan masa di rumah dengan berbaring di atas katil. Terlalu sedikit aktiviti yang dilakukan.

Pesakit sebenarnya boleh melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan-jalan, berenang atau berbual-bual bersama keluarga untuk menjadikan kehidupan pesakit lebih berkualiti.

''Layanan dan kasih sayang yang tulus ikhlas dapat memberikan pesakit harapan untuk sembuh, bersesuaian dengan konsep yang diserapkan oleh HICNursing terhadap pesakit iaitu pesakit adalah keluarga kami.

''Petugas yang terlatih ini akan menjalankan tugas dari rumah ke rumah di samping memberi tunjuk ajar. Selain itu HICNursing membantu pesakit membersihkan diri melakukan senaman kesihatan, memberi makan dan penjagaan selepas bersalin,'' katanya.

HICNursing menekankan kualiti dalam perkhidmatan yang diberi dan rawatan dibayar dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran luar untuk meringankan beban keluarga pesakit bagi menampung kos perbelanjaan. Tidak ketinggalan HICNursing mendapat khidmat nasihat dan kerjasama daripada pihak doktor.

Tuesday, August 17, 2010


LATARBELAKANG HICNursing.

1. HICNursing atau Home Intensive Care Nursing yang berpusat di Ampang dan beroperasi sekitar KL dan Selangor

2. Menyediakan perkhidmatan jururawat dan fisiotherapi bergerak ke rumah pesakit

3. Pasukan perubatan kami bekerja sepenuh masa dan mempunyai jururawat dan fisiotherapi yang profesional serta berdaftar dengan KKM.

4. Pasukan perubatan kami menyediakan pelbagai perkhidmatan perawatan yang lengkap dan profesional dengan hanya di rumah pesakit. Rawatan meliputi:

- Rawatan Perubatan
- Sukatan Pemakanan
- Pengurusan dan Penjagaan Luka
- Pemulihan
- Perawatan Am
- Bimbingan Penjagaan Sewaktu di Rumah
- Khidmat Nasihat
- Mobilization / Fisiotherapi



KENAPA ANDA PERLU MEMILIH HICN.

1. Penjagaan yang rapi oleh jururawat yang profesional

2. Kos yang efektif dari segi masa dan wang ringgit

3. Mempunyai ahli panel yang pakar di dalam penjagaan pesakit strok. Telah ramai yang kembali pulih

4. HICNursing mengamalkan konsep "pesakit adalah keluarga kami"

5. Mobilization dan fisiotherapi yang diadaptasi dari luar negara

6. Menyediakan pelbagai pakej dan menawarkan harga yang terendah

7. Menyediakan dan menbekalkan pelbagai mesin dan peralatan perubatan, sama ada untuk disewa atau dibeli


ANTARA PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH HICN

1. GENERAL NURSING.

-HICNursing menyediakan pelbagai perkhidmatan perawatan kepada pesakit dengan sokongan profesional di dalam pelan penjagaan dan pengurusan pesakit di rumah.

-Untuk rawatan selepas keluar hospital kami menyediakan pelbagai perkhidmatan perawatan seperti yang diarahkan oleh doktor atau pakar bedah dalam membantu proses pemulihan


2. PROFESIONAL NURSING.

-Geriatric Care
-Basic Nursing and Simple Mobilization
-Simple and Complex Bandaging
-Care and Dressing of Intravenous Catheter
-Enternal Feeding Through Intevenous Catheter
-Catheterization Irretheral
-Care and Maintenance of Drainages
-Ryle's Tube Insertion and Change
-Enteral Feeding via Ryle's Tube
-Enteral Feeding via PEG
-Care and dressing of suprapubic tubes
-Enema
-Fluid balance control
-Intravenous/ subcutaneous infusion
-Stoma care /wound management
-Suction via ETT/ mouth/ nose suction
-Blood Pressure Measurement
-IM/SC injection
-Glucose Test
-Compress (Hotand Cold)
-Medication, Preparation and Pispensing
-on call



-Kami mempunyai beberapa ahli panel yang arif di dalam pelan penjagaan pesakit yang lumpuh,
kecederaan, patah, sakit tulang belakang dan sebagainya melalui pengawasan profesional:-

a. Physiotherapy
b. Mobilization as Single Service
c. Integrated Mobilization Programe
d. Manual Lymphatic Drainage Massage
e. Electric Nerve Stimulation Digital

-Perkhidmatan merangkumi dari lawatan susulan hingga pelan penjagaan komprehensif seperti pemakanan, fisioterapi, latihan penjagaan hinggalah ke peringkat pemulihan


4. MENAWARKAN KHIDMAT SEWAAN DAN BELIAN BARANG.

- Mempunyai waranty, lebih murah dan fleksibal

- Pelbagai jenis barangan boleh di dapati di sini antaranya:-

a. Oxygen Concentrator
b. Nebulizer
c. Suction Mechine
d. Repple Mettress
e. Wheel Chair
f. Walking Frame
g. Pampers
h. Equipment Dressing
i. Disposible Equipment
j. Supine Support
k. BP Set

**Untuk keterangan dan pertanyaan lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang terdapat di HICNursing anda bolehlah menghubungi kami di 03-41050221 @ melalui email kami iaitu HICNursing@yahoo.com

Thursday, July 29, 2010

Testimoni melalui luahan keluarga pesakit HICNursing

http://ilovenenek.blogspot.com

http://julietchun.blogspot.com



For information as to:
-Mobile Nursing
-Mobile Oxygen and other related services kindly contact us at 03-41050221 or email
us at HICNursing@yahoo.com

Tuesday, June 15, 2010

DI TERJAH KREW GALAKSI SEWAKTU MEMBUAT RAWATAN KEATAS UNCLE M. RAJOLI






DI TERJAH KREW GALAKSI SEWAKTU MEMBUAT RAWATAN KEATAS UNCLE M. RAJOLI Pada tarikh 27/4/10 yang lalu, staff HICNursing telah menjalankan rutin rawatan harian kerumah Uncle M.Rajoli di AU3 Keramat yg sememangnye kita kenali mempunyai bakat besar dlm bidang lakonan. seperti yang kita ketahui, uncle tidak sihat serta menghidap penyakit kanser di kelenjar otak. sedikit paparan video beserta gambar yang dirakam oleh team galaksi untuk tontonan bersama:

Sunday, June 6, 2010

Utusan Malaysia - Jururawat lelaki terima permintaan tinggi



Utusan Malaysia
6hb October 2010
Oleh Rosmah Dain

Kesanggupan meneroka bidang yang berlainan daripada rakan-rakan mereka iaitu dalam bidang kejururawatan pernah ditertawakan.

Mohd Azhar dan Mohd Firdous memberitahu, ketika mereka mahu menjadikan bidang kejururawatan sebagai kerjaya merek, ramai di kalangan rakan-rakan memandang perkara itu sebagai ‘aneh’dan lucu.

Kata mereka, bidang itu dimonopoli oleh wanita dan bukan kerja seorang lelaki. Sekiranya mereka memasuki bidang itu juga, mereka perlu memakai ‘skirt’ sebagaimana jururawat wanita, itu antara lelucon yang menjadi mainan kata-kata rakan-rakan mereka.

Kini ia membuktikan apa yang difikirkan oleh rakan-rakan mereka itu adalah silap kerana kerjaya ini selain bersifat murni kerana dapat membantu insan-insan yang memerlukan di samping prospek kerjaya yang cerah pada masa depan.

Tidak ramai golongan remaja lelaki yang mahu memasuki bidang kejururawatan ini sedangkan jawatan ini sebenarnya mendapat banyak permintaan daripada golongan pesakit yang mahukan penjagaan diri mereka dilakukan oleh jururawat lelaki.

Bidang seorang jururawat bukan terhad, sekiranya meneruskan secara lanjutan, mereka boleh bertugas sebagai pensyarah, bertugas dalam bilik pembedahan, berada di bilik kecemasan dan seterusnya berpeluang menjadi doktor, tegas Mohd Azhar.

Tambah Mohd Firdous pula, bidang ini bukan terhad hanya untuk kerjaya, pada masa depan sebagai anak, kita dapat membantu ibu bapa atau ahli keluarga sendiri kerana kita mempunyai kemahiran dalam bidang berkenaan.

Lebih menakjubkan lapangan ini boleh diperluaskan sebagai bidang perniagaan, di samping membantu insan-insan yang memerlukan, dapat juga membantu lepasan-lepasan siswazah yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini.

”Sekiranya kita atau sesiapa sahaja dalam keluarga itu mempunyai kemahiran dalam bidang kejururawatan dan fisioterapi, sudah pasti ahli keluarga kita terbela,” ujarnya.